byeeeeeeeee 2010..jumpa di 2011...harap punya kisah yg lebih baik..insyaAllah..:)
Friday, December 31, 2010
Wednesday, November 10, 2010
KaMu DaN aWaK...
Terima Kasih Kamu dan Awak...
Kamu...
Kamu sedar tak...??
Kamu sudah hancurkan perasaan saya...
Awak...awak perasan tak...??
Awak sudah merampas kebahagiaan saya...
Mungkin tidak...kerana awak sudah bahagia sekarang...
Dan kamu...
Kamu sedar tak kamu juga semakin bahagia sekarang...
Baguslah...
Saya pergi ya...
Saya harap kamu dan awak jangan cari saya lagi ya...
Saya juga manusia...
Yang punya perasaan macam awak dan kamu...
Saya bahagia bila awak dan kamu perlukan saya...
Biar apa keadaan sekalipun...
Susah dan senang...
Tapi...itu mustahil...
Saya ada nilainya bila sesak...
Terima kasih ya kamu dan awak...
Kamu dan awak memang berhati mulia...
Kerana tanpa kamu dan awak...
Saya mungkin lemah...
Saya mungkin lalai...
Saya mungkin alpa...
Terima kasih Ya Illahi...
Kerana mengirimkan kamu dan awak dalam hidupku...
Aku tahu semua ini dugaan-Mu...
Berikan aku kekuatan dan kesabaran...
Aku sedar Ya Allah...
Kerana kamu dan awak lah
Hidup saya semakin bererti...
Saya belajar erti kehidupan...
Terima kasih ya...
Syukur...Alhamdulillah...
Kini..
Masa sudah tiba...
Sebenarnya sudah lama...
Saya patut pergi...
Kerana kamu dan awak dah sebati...
Hari demi hari...
Saya bahagia...
Bahagia sangat...
Dan bahagia ini akan lebih bermakna...
Jika kamu dan awak...
Tidak akan hadir dalam hidup saya lagi...
Saya sayang kamu dan awak...
Saya pergi dulu...
Maafkan saya...
Posted by syiera kameh at 2:48 AM 0 comments
Sunday, October 31, 2010
NexT...!
L.O.V.E...
p/s: wait and see...:)
ops...don't forget to read and feel it...;p
Posted by syiera kameh at 1:02 AM 0 comments
MeMoRi SeMaLaM....
Semalam...
Hari itu, waktu itu, saat itu....
Diri ini diundang sepi...
Lebih jauh sepi itu mengusung dan memimpin...
Kemana aku mahu dibawa pergi...???
Tiba-tiba ia berhenti...
Singgah di satu persimpangan...
Menyapa lembut benak fikiran...
Membisik yang bukan-bukan...
Menguji keimananan dan kekuatan...
Dan ketika itu, sepi bertemu cinta sejatinya...
Siapa dia...?
Sepi...sepi...sepi....
Siapa cinta sejatimu...?
Biarkan aku berteka sendiri....
Itu dia....
Cinta sejati si sepi menyambut sapaan itu...
Sepi tersenyum seraya berkata...
Wahai sedih...aku rindu...
Semalam...
Sepi dan sedih telah bertemu...
Memadu kasih, ketawa riang...
Mencoretkan seribu satu rasa dalam diri...
Mengapa aku yang dipilih...?
Perasaan mula memujuk hati yang sudah merajuk...
Menguli sesama sendiri, lalu bercampur baur...
Sebati mereka dalam acuan kekalahan ...
Sepi, sedih, rasa dan hati yang dilukai...
Mengundang titisan jernih untuk menonjolkan diri...
Sebak dan perit rasanya untuk ku tempuh...
Aku cuba kuatkan diri...
Berbisik perlahan di sanubari...
Itu hanya untuk SEMALAM...
Posted by syiera kameh at 12:53 AM 0 comments
MaaF LaGi...
Salam...
Sebelum memulakan entri untuk kali ini, macam biasalah..aku ingin memohon kemaafan pada semua pembaca..beribu-ribu kemaafan kerana tiada langsung berita dan entri terbaru dari aku..sepurnama lamanya...oh ya, mata aku terhenti sebentar pada ruangan follower... eh tidak lagi..kini followers...Alhamdulillah..semakin bertambah..terima kasih ya kerana sudi membaca blog aku ini and become my follower..thanks a lot...Iera, Muni, Aryl, Syimah dan Syed...thanks sangat2...dan maaf sebab dah lama tak update...bukan tiada masa..banyak masa..tapi...aku sendiri yang MALAS..hehe...maaf okeh...:)
Sebenarnya, dalam masa sebulan tu boleh jadi apa2 pun kan..?? even satu saat pun dah boleh mencoretkan satu detik baru untuk kita..apatah lagi sebulan...??? huh..... banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan dan konklusikan... tapi biarlah...aku mungkin akan cuba untuk kongsikan dan luahkan segala pandangan dan apa yang aku rasa sedikit demi sedikit..tapi biasalaha aku ambil yang perlu sahaja agar boleh dibuat iktibar...
Aku percaya, dalam hidup ni, kita sebagai manusia yakni hamba Alllah akan berjumpa dan mengenal ramai insan-insan sekeliling yang juga manusia..manusia....sama..manusia tetap manusia....apa yang beza...? banyak...terutamnya dari segi sikap atau lebih tepat lagi perangai atau karenah....
Ingat lagi entri aku sebelum ni yang mengatakan aku suka mengkaji sikap manusia..?? inilah dia.. ok, aku mulakan ya...
Aku tak tahu nak luahkan bagaimana...tapi aku akan cuba...apa yang aku sedar sekarang ni, aku lain..lain dari dulu dan lain dari semalam...apa yang aku sedar, setiap kali azan subuh mendayu-dayu dialunkan, pancaindera aku terbuka..mengejutkan diri untuk bangun..dan mulai saat itu aku menjadi insan baru untuk hari itu..dan yang baru untuk hari esok...dari ayat yang lebih mudah...aku semakin menjadi MANUSIA hari demi hari...inilah sikap aku...
Maaf..aku bukan nak berkarya panjang lebar...nanti tiada pula yang nak baca kan..?? hmm..ok2..aku straight je lah...
Dalam hidup ni, kita akan berjumpa dengan ramai manusia yang mempunyai pelbagai karenah yang akan mengajar kita untuk lebih menghargai KEHIDUPAN...syukur aku panjatkan kepada Allah kerana Dia mengirimkan aku manusia-manusia seperti itu..terima kasih Ya Allah...
Aku sebenarnya mahu berceloteh panjang dan panjang lagi...nanti lah bila rasa kecewa dan tersedar itu ada...
Sekarang aku ada rasa yang lain...hurm..
Apa yang penting...yang berlalu biarkanlah..aku tak nak kenang...aku tak nak ungkit...biarlah aku lalui sakit dan sedih itu hanya untuk semalam...kan...?
Bahagia yang diredhai untuk hari ini dan esok serta seterusnya....InsyaAllah...
Jumpa lagi ya...
Maaf dan terima kasih...:)
p/s: sesekali cuba untuk menghargai....boleh kan..???
MUHASABAH DIRI...:)
Posted by syiera kameh at 12:42 AM 0 comments
Wednesday, September 8, 2010
GeLoDaK RaSa...SyaWaL MenJeLma...:)
Salam…..
Alhamdulillah…syukur….
Kini aku di sini….di teratak indah ibu abah…ya, aku di kampung….biasalah..anak rantauan sudah pulang ( nak tergelak pulak dengar ayat aku nie )…biarpun baru sahaja 2 minggu lalu aku menjejakkan kaki ke sini…tapi……serius…aku tetap rindu…
Oh ya, hari ini sudah berapa berapa hari ya umat Islam berpuasa..?
Tanggal hari ini…8 September 2010…bersamaan 29 Ramadhan 1431 H..lihat betul2…sudah berapa hari…ahhh…sudah 29 hari berpuasa…maknanya..Syawal akan datang tidak lama lagi…syukur Alhamdulillah….tapi……..bila aku sejenak berfikir, aku sedar akan satu hakikat……..
Ramadhan…bulan yang suci ini…maknanya, ia akan pergi meninggalkan kita sekejap…selepas itu, setahun lagi baru bertemu….lama itu..lama sebenarnya bagi yang amat merasakan pemergian bulan yang suci ini….namun, ini hakikat…takdir yang menentukan..aku bukan apa…tiba2 aku sebak…bisikan hati aku cuba menguis benak fikiran aku yang membuatkan aku gementar dan gelisah….
“Syiera, andai ini Ramadhan yang terakhir bagi kau bagaimana,? Kau sudah bersedia?” hatiku berdialog….
Ya Allah…..Tuhanku yang Satu….aku takut…bila terfikirkan semula, banyak dosa yang telah aku lakukan selama aku berpijak di atas dunia yang sementara ini…aku bukan mahu membuka pekung aku sendiri…aku cuma mahu luahkan….agar aku tidak terlambat…siapa tahu…
Hakikatnya sekarang..aku sedar satu…jika aku bersalah dan berdosa dengan Allah, aku boleh memohon keampunan dari –Nya..tapi, jika aku bersalah dengan manusia yakni hamba-Nya, itu yang aku takut…takut tidak sempat mahu memohon kemaafan….
Syukur…waktu yang tepat dan memang bersesuaian…aku kini ingin meluahkan sesuatu pada semua yang mungkin terbaca entri aku kali ini…
LUAHANKU....
"Bersempena dengan Syawal yang akan menjelang tiba, aku, insan yang bernama Nur Syahirah binti Muhd Kameh, ingin memohon seribu kemaafan…dari kata yang amat mudah, aku minta maaf….maaf yang teramat….pada semua..terutama, keluarga aku, saudara mara…teman2 waktu zaman persekolahan dulu, teman2 sekelasku dan teman2 yang kenal aku di Unisel sana, tidak kira lah siapa pun yang mungkin mengenali aku secara langsung atau pun tidak, serta semua lah insan2 yang mengenali aku….aku minta maaf jika aku terkasar bahasa, termengumpat, membuat terasa hati dan sebagainya…aku harap, dilupakan sahaja segala sengketa yang telah berlaku..jika tidak pun, tolonglah jangan dikenang lagi..buang ia jauh2…ayuh, kita sucikan hati…bersama2…oh ya, sebenarnya aku teringin sangat mahu memohon maaf secara lisan…tapi….aku sedar satu hakikat..susah tu…susah…justeru, aku ambil cara ini….kesimpulannya, aku minta maaf..dari hujung rambut sampai hujung kaki..maafkan aku..aku cuma manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesalahan… aku ingin khabarkan juga, aku bukan yang dahulu lagi..Insya Allah..."
di kesempatan ini juga, aku ngin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….
MAAF ZAHIR & BATIN…..
Aku mungkin tidak akan update blog ini untuk beberapa hari..biasalah…Lebaran…sibuk juga akan seiring..
Sekian dahulu dari aku… away for a while...
Salam Lebaran….
p/s: cuba renungkan kata maaf itu sedalamnya…ia amat bermakna…maafkan aku…:)
Posted by syiera kameh at 2:01 PM 0 comments
DiRi YanG BerGoLaK....
Salam....
Syukur Alhamdulillah.....masih dikurniakan kesempatan dan kudrat untuk aku menyambung kembali entri aku kali ini....
Entri kali ini aku rasakan agak istimewa kerana ada yang tersirat yang memberi memori indah bagi aku...
Baiklah...sebenarnya entri ini ditaip pada ketika ini...ya, aku sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung...dalam skop kecilnya, aku taip entri ini di dalam bas...haha...ya, betul itu....
Dalam keadaan yang bergoyang goyang dalam bas ini, macam menari poco2 pulak...hehe...
Aku pulang kali ini, berjemaah...bersama abang aku, dan 3 orang lagi kawan2 aku, munirah, pikah sg lima dan fikri...best pulak rasa pulang beraya tahun ni...
Baiklah, aku teringin nak hamburkan segala rasa yang bergelodak ni..tapi....bila difikirkan balik dengan keadaan yang kurang sesuai ini, yelah..dalam bas kan..? ok2..biar aku straight je lah...
Hm..aku tahu ramai yang tidak sabar menantikan lebaran nanti...tapi...cuba fikir sejenak,..sedar tak...itu maknanya Ramadhan hampir meninggalkan kita....sebak pulak rasa...aku bukan apa, aku cuma takut..aku takut, ini Ramadhan dan Syawal yang mungkin terakhir bagi aku...aku tak tahu....
Justeru...di kesempatan dalam bulan baik dan suci ini,, aku yakni hamba Allah yang Maha Esa ingin menyusun sepuluh jari aku memohon kemaafan yang teramat pada semua insan yang mengenali aku dan begitu juga yang tidak..kesimpulannya, semua...aku mohon maaf..tulus dari hatiku..aku tahu aku banyak salah dan silap...maafkan aku..
Baiklah...sebenarnya, macam2 lagi yang ingin aku coretkan..tapi...biarkan dahulu...keadaan yang bergolak dalam bas ini, tidak sesuai...
Cuma aku ingin khabarkan lagi..entri aku sebelum ini hanya sekadar entri....yang berlalu biarkanlah...
Aku undur diri sekejap...ingin melayani perasaan dan pemandangan yang semakin menggamit aku untuk kuatkan azam untuk pulang ke kampung..tidak sabar rasanya...
entri ini sebenarnya ditaip pada 6 sept jam 11.25 malam...akibat ketiadaan line pada ketika itu...jadi ia di post kan pada hari ini...
Sekian...
p/s: mari kita buka lembaran baru...salam hijrah..:)
Posted by syiera kameh at 1:45 PM 0 comments
