Salam…..
Alhamdulillah…syukur….
Kini aku di sini….di teratak indah ibu abah…ya, aku di kampung….biasalah..anak rantauan sudah pulang ( nak tergelak pulak dengar ayat aku nie )…biarpun baru sahaja 2 minggu lalu aku menjejakkan kaki ke sini…tapi……serius…aku tetap rindu…
Oh ya, hari ini sudah berapa berapa hari ya umat Islam berpuasa..?
Tanggal hari ini…8 September 2010…bersamaan 29 Ramadhan 1431 H..lihat betul2…sudah berapa hari…ahhh…sudah 29 hari berpuasa…maknanya..Syawal akan datang tidak lama lagi…syukur Alhamdulillah….tapi……..bila aku sejenak berfikir, aku sedar akan satu hakikat……..
Ramadhan…bulan yang suci ini…maknanya, ia akan pergi meninggalkan kita sekejap…selepas itu, setahun lagi baru bertemu….lama itu..lama sebenarnya bagi yang amat merasakan pemergian bulan yang suci ini….namun, ini hakikat…takdir yang menentukan..aku bukan apa…tiba2 aku sebak…bisikan hati aku cuba menguis benak fikiran aku yang membuatkan aku gementar dan gelisah….
“Syiera, andai ini Ramadhan yang terakhir bagi kau bagaimana,? Kau sudah bersedia?” hatiku berdialog….
Ya Allah…..Tuhanku yang Satu….aku takut…bila terfikirkan semula, banyak dosa yang telah aku lakukan selama aku berpijak di atas dunia yang sementara ini…aku bukan mahu membuka pekung aku sendiri…aku cuma mahu luahkan….agar aku tidak terlambat…siapa tahu…
Hakikatnya sekarang..aku sedar satu…jika aku bersalah dan berdosa dengan Allah, aku boleh memohon keampunan dari –Nya..tapi, jika aku bersalah dengan manusia yakni hamba-Nya, itu yang aku takut…takut tidak sempat mahu memohon kemaafan….
Syukur…waktu yang tepat dan memang bersesuaian…aku kini ingin meluahkan sesuatu pada semua yang mungkin terbaca entri aku kali ini…
LUAHANKU....
"Bersempena dengan Syawal yang akan menjelang tiba, aku, insan yang bernama Nur Syahirah binti Muhd Kameh, ingin memohon seribu kemaafan…dari kata yang amat mudah, aku minta maaf….maaf yang teramat….pada semua..terutama, keluarga aku, saudara mara…teman2 waktu zaman persekolahan dulu, teman2 sekelasku dan teman2 yang kenal aku di Unisel sana, tidak kira lah siapa pun yang mungkin mengenali aku secara langsung atau pun tidak, serta semua lah insan2 yang mengenali aku….aku minta maaf jika aku terkasar bahasa, termengumpat, membuat terasa hati dan sebagainya…aku harap, dilupakan sahaja segala sengketa yang telah berlaku..jika tidak pun, tolonglah jangan dikenang lagi..buang ia jauh2…ayuh, kita sucikan hati…bersama2…oh ya, sebenarnya aku teringin sangat mahu memohon maaf secara lisan…tapi….aku sedar satu hakikat..susah tu…susah…justeru, aku ambil cara ini….kesimpulannya, aku minta maaf..dari hujung rambut sampai hujung kaki..maafkan aku..aku cuma manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesalahan… aku ingin khabarkan juga, aku bukan yang dahulu lagi..Insya Allah..."
di kesempatan ini juga, aku ngin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….
MAAF ZAHIR & BATIN…..
Aku mungkin tidak akan update blog ini untuk beberapa hari..biasalah…Lebaran…sibuk juga akan seiring..
Sekian dahulu dari aku… away for a while...
Salam Lebaran….
p/s: cuba renungkan kata maaf itu sedalamnya…ia amat bermakna…maafkan aku…:)
Wednesday, September 8, 2010
GeLoDaK RaSa...SyaWaL MenJeLma...:)
Posted by syiera kameh at 2:01 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment