BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, November 10, 2010

LaGu DiDeDiKaSiKaN utk DiRi SenDiRi...

KaMu DaN aWaK...

Terima Kasih Kamu dan Awak...

Kamu...

Kamu sedar tak...??

Kamu sudah hancurkan perasaan saya...

Awak...awak perasan tak...??

Awak sudah merampas kebahagiaan saya...

Mungkin tidak...kerana awak sudah bahagia sekarang...

Dan kamu...

Kamu sedar tak kamu juga semakin bahagia sekarang...

Baguslah...

Saya pergi ya...

Saya harap kamu dan awak jangan cari saya lagi ya...

Saya juga manusia...

Yang punya perasaan macam awak dan kamu...

Saya bahagia bila awak dan kamu perlukan saya...

Biar apa keadaan sekalipun...

Susah dan senang...

Tapi...itu mustahil...

Saya ada nilainya bila sesak...

Terima kasih ya kamu dan awak...

Kamu dan awak memang berhati mulia...

Kerana tanpa kamu dan awak...

Saya mungkin lemah...

Saya mungkin lalai...

Saya mungkin alpa...

Terima kasih Ya Illahi...

Kerana mengirimkan kamu dan awak dalam hidupku...

Aku tahu semua ini dugaan-Mu...

Berikan aku kekuatan dan kesabaran...

Aku sedar Ya Allah...

Kerana kamu dan awak lah

Hidup saya semakin bererti...

Saya belajar erti kehidupan...

Terima kasih ya...

Syukur...Alhamdulillah...

Kini..

Masa sudah tiba...

Sebenarnya sudah lama...

Saya patut pergi...

Kerana kamu dan awak dah sebati...

Hari demi hari...

Saya bahagia...

Bahagia sangat...

Dan bahagia ini akan lebih bermakna...

Jika kamu dan awak...

Tidak akan hadir dalam hidup saya lagi...

Saya sayang kamu dan awak...

Saya pergi dulu...

Maafkan saya...

Sunday, October 31, 2010

NexT...!

Next entry maybe will be expressed about my...

L.O.V.E...

p/s: wait and see...:)

ops...don't forget to read and feel it...;p

MeMoRi SeMaLaM....

Semalam...

Hari itu, waktu itu, saat itu....

Diri ini diundang sepi...

Lebih jauh sepi itu mengusung dan memimpin...

Kemana aku mahu dibawa pergi...???

Tiba-tiba ia berhenti...

Singgah di satu persimpangan...

Menyapa lembut benak fikiran...

Membisik yang bukan-bukan...

Menguji keimananan dan kekuatan...

Dan ketika itu, sepi bertemu cinta sejatinya...

Siapa dia...?

Sepi...sepi...sepi....

Siapa cinta sejatimu...?

Biarkan aku berteka sendiri....

Itu dia....

Cinta sejati si sepi menyambut sapaan itu...

Sepi tersenyum seraya berkata...

Wahai sedih...aku rindu...

Semalam...

Sepi dan sedih telah bertemu...

Memadu kasih, ketawa riang...

Mencoretkan seribu satu rasa dalam diri...

Mengapa aku yang dipilih...?

Perasaan mula memujuk hati yang sudah merajuk...

Menguli sesama sendiri, lalu bercampur baur...

Sebati mereka dalam acuan kekalahan ...

Sepi, sedih, rasa dan hati yang dilukai...

Mengundang titisan jernih untuk menonjolkan diri...

Sebak dan perit rasanya untuk ku tempuh...

Aku cuba kuatkan diri...

Berbisik perlahan di sanubari...

Itu hanya untuk SEMALAM...

MaaF LaGi...

Salam...

Sebelum memulakan entri untuk kali ini, macam biasalah..aku ingin memohon kemaafan pada semua pembaca..beribu-ribu kemaafan kerana tiada langsung berita dan entri terbaru dari aku..sepurnama lamanya...oh ya, mata aku terhenti sebentar pada ruangan follower... eh tidak lagi..kini followers...Alhamdulillah..semakin bertambah..terima kasih ya kerana sudi membaca blog aku ini and become my follower..thanks a lot...Iera, Muni, Aryl, Syimah dan Syed...thanks sangat2...dan maaf sebab dah lama tak update...bukan tiada masa..banyak masa..tapi...aku sendiri yang MALAS..hehe...maaf okeh...:)

Sebenarnya, dalam masa sebulan tu boleh jadi apa2 pun kan..?? even satu saat pun dah boleh mencoretkan satu detik baru untuk kita..apatah lagi sebulan...??? huh..... banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan dan konklusikan... tapi biarlah...aku mungkin akan cuba untuk kongsikan dan luahkan segala pandangan dan apa yang aku rasa sedikit demi sedikit..tapi biasalaha aku ambil yang perlu sahaja agar boleh dibuat iktibar...

Aku percaya, dalam hidup ni, kita sebagai manusia yakni hamba Alllah akan berjumpa dan mengenal ramai insan-insan sekeliling yang juga manusia..manusia....sama..manusia tetap manusia....apa yang beza...? banyak...terutamnya dari segi sikap atau lebih tepat lagi perangai atau karenah....

Ingat lagi entri aku sebelum ni yang mengatakan aku suka mengkaji sikap manusia..?? inilah dia.. ok, aku mulakan ya...

Aku tak tahu nak luahkan bagaimana...tapi aku akan cuba...apa yang aku sedar sekarang ni, aku lain..lain dari dulu dan lain dari semalam...apa yang aku sedar, setiap kali azan subuh mendayu-dayu dialunkan, pancaindera aku terbuka..mengejutkan diri untuk bangun..dan mulai saat itu aku menjadi insan baru untuk hari itu..dan yang baru untuk hari esok...dari ayat yang lebih mudah...aku semakin menjadi MANUSIA hari demi hari...inilah sikap aku...

Maaf..aku bukan nak berkarya panjang lebar...nanti tiada pula yang nak baca kan..?? hmm..ok2..aku straight je lah...

Dalam hidup ni, kita akan berjumpa dengan ramai manusia yang mempunyai pelbagai karenah yang akan mengajar kita untuk lebih menghargai KEHIDUPAN...syukur aku panjatkan kepada Allah kerana Dia mengirimkan aku manusia-manusia seperti itu..terima kasih Ya Allah...

Aku sebenarnya mahu berceloteh panjang dan panjang lagi...nanti lah bila rasa kecewa dan tersedar itu ada...

Sekarang aku ada rasa yang lain...hurm..

Apa yang penting...yang berlalu biarkanlah..aku tak nak kenang...aku tak nak ungkit...biarlah aku lalui sakit dan sedih itu hanya untuk semalam...kan...?

Bahagia yang diredhai untuk hari ini dan esok serta seterusnya....InsyaAllah...

Jumpa lagi ya...

Maaf dan terima kasih...:)

p/s: sesekali cuba untuk menghargai....boleh kan..???

MUHASABAH DIRI...:)

Wednesday, September 8, 2010

GeLoDaK RaSa...SyaWaL MenJeLma...:)

Salam…..

Alhamdulillah…syukur….
Kini aku di sini….di teratak indah ibu abah…ya, aku di kampung….biasalah..anak rantauan sudah pulang ( nak tergelak pulak dengar ayat aku nie )…biarpun baru sahaja 2 minggu lalu aku menjejakkan kaki ke sini…tapi……serius…aku tetap rindu…

Oh ya, hari ini sudah berapa berapa hari ya umat Islam berpuasa..?
Tanggal hari ini…8 September 2010…bersamaan 29 Ramadhan 1431 H..lihat betul2…sudah berapa hari…ahhh…sudah 29 hari berpuasa…maknanya..Syawal akan datang tidak lama lagi…syukur Alhamdulillah….tapi……..bila aku sejenak berfikir, aku sedar akan satu hakikat……..

Ramadhan…bulan yang suci ini…maknanya, ia akan pergi meninggalkan kita sekejap…selepas itu, setahun lagi baru bertemu….lama itu..lama sebenarnya bagi yang amat merasakan pemergian bulan yang suci ini….namun, ini hakikat…takdir yang menentukan..aku bukan apa…tiba2 aku sebak…bisikan hati aku cuba menguis benak fikiran aku yang membuatkan aku gementar dan gelisah….

“Syiera, andai ini Ramadhan yang terakhir bagi kau bagaimana,? Kau sudah bersedia?” hatiku berdialog….

Ya Allah…..Tuhanku yang Satu….aku takut…bila terfikirkan semula, banyak dosa yang telah aku lakukan selama aku berpijak di atas dunia yang sementara ini…aku bukan mahu membuka pekung aku sendiri…aku cuma mahu luahkan….agar aku tidak terlambat…siapa tahu…

Hakikatnya sekarang..aku sedar satu…jika aku bersalah dan berdosa dengan Allah, aku boleh memohon keampunan dari –Nya..tapi, jika aku bersalah dengan manusia yakni hamba-Nya, itu yang aku takut…takut tidak sempat mahu memohon kemaafan….

Syukur…waktu yang tepat dan memang bersesuaian…aku kini ingin meluahkan sesuatu pada semua yang mungkin terbaca entri aku kali ini…

LUAHANKU....

"Bersempena dengan Syawal yang akan menjelang tiba, aku, insan yang bernama Nur Syahirah binti Muhd Kameh, ingin memohon seribu kemaafan…dari kata yang amat mudah, aku minta maaf….maaf yang teramat….pada semua..terutama, keluarga aku, saudara mara…teman2 waktu zaman persekolahan dulu, teman2 sekelasku dan teman2 yang kenal aku di Unisel sana, tidak kira lah siapa pun yang mungkin mengenali aku secara langsung atau pun tidak, serta semua lah insan2 yang mengenali aku….aku minta maaf jika aku terkasar bahasa, termengumpat, membuat terasa hati dan sebagainya…aku harap, dilupakan sahaja segala sengketa yang telah berlaku..jika tidak pun, tolonglah jangan dikenang lagi..buang ia jauh2…ayuh, kita sucikan hati…bersama2…oh ya, sebenarnya aku teringin sangat mahu memohon maaf secara lisan…tapi….aku sedar satu hakikat..susah tu…susah…justeru, aku ambil cara ini….kesimpulannya, aku minta maaf..dari hujung rambut sampai hujung kaki..maafkan aku..aku cuma manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesalahan… aku ingin khabarkan juga, aku bukan yang dahulu lagi..Insya Allah..."

di kesempatan ini juga, aku ngin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….
MAAF ZAHIR & BATIN…..

Aku mungkin tidak akan update blog ini untuk beberapa hari..biasalah…Lebaran…sibuk juga akan seiring..

Sekian dahulu dari aku… away for a while...

Salam Lebaran….

p/s: cuba renungkan kata maaf itu sedalamnya…ia amat bermakna…maafkan aku…:)

DiRi YanG BerGoLaK....

Salam....

Syukur Alhamdulillah.....masih dikurniakan kesempatan dan kudrat untuk aku menyambung kembali entri aku kali ini....

Entri kali ini aku rasakan agak istimewa kerana ada yang tersirat yang memberi memori indah bagi aku...

Baiklah...sebenarnya entri ini ditaip pada ketika ini...ya, aku sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung...dalam skop kecilnya, aku taip entri ini di dalam bas...haha...ya, betul itu....
Dalam keadaan yang bergoyang goyang dalam bas ini, macam menari poco2 pulak...hehe...
Aku pulang kali ini, berjemaah...bersama abang aku, dan 3 orang lagi kawan2 aku, munirah, pikah sg lima dan fikri...best pulak rasa pulang beraya tahun ni...

Baiklah, aku teringin nak hamburkan segala rasa yang bergelodak ni..tapi....bila difikirkan balik dengan keadaan yang kurang sesuai ini, yelah..dalam bas kan..? ok2..biar aku straight je lah...
Hm..aku tahu ramai yang tidak sabar menantikan lebaran nanti...tapi...cuba fikir sejenak,..sedar tak...itu maknanya Ramadhan hampir meninggalkan kita....sebak pulak rasa...aku bukan apa, aku cuma takut..aku takut, ini Ramadhan dan Syawal yang mungkin terakhir bagi aku...aku tak tahu....

Justeru...di kesempatan dalam bulan baik dan suci ini,, aku yakni hamba Allah yang Maha Esa ingin menyusun sepuluh jari aku memohon kemaafan yang teramat pada semua insan yang mengenali aku dan begitu juga yang tidak..kesimpulannya, semua...aku mohon maaf..tulus dari hatiku..aku tahu aku banyak salah dan silap...maafkan aku..
Baiklah...sebenarnya, macam2 lagi yang ingin aku coretkan..tapi...biarkan dahulu...keadaan yang bergolak dalam bas ini, tidak sesuai...
Cuma aku ingin khabarkan lagi..entri aku sebelum ini hanya sekadar entri....yang berlalu biarkanlah...
Aku undur diri sekejap...ingin melayani perasaan dan pemandangan yang semakin menggamit aku untuk kuatkan azam untuk pulang ke kampung..tidak sabar rasanya...

entri ini sebenarnya ditaip pada 6 sept jam 11.25 malam...akibat ketiadaan line pada ketika itu...jadi ia di post kan pada hari ini...

Sekian...

p/s: mari kita buka lembaran baru...salam hijrah..:)

Wednesday, September 1, 2010

RinDu YanG BeLuM TeRuBaT....

Salam...

sejenak aku teringat pulak aku pada peristiwa pada satu hari ketika cuti mid sem yang lalu....

Khamis 19 hb Ogos 2010...

Petang tu, aku tak tahu kenapa..tiba2 sahaja tahap kebosanan aku melingkar ibarat ular sawa kat teratak indah parents aku semakin meninggi dan mencapai tahap maksimum..mungkin kerana sudah seminggu aku di rumah..rutin harian aku hanya membuta and tonton televisyen....

Aku nak keluar rumah pun, aku malas..aku pun bukannya suka keluar2 ni..tapi..entahlah petang tu....perasaan membuak2 pulak..terasa nak jalan2 ambil angin...

Nak dijadikan cerita, petang tu dalam pukul 4 35 macam tu la..., aku terus je ajak mak aku yang tersayang bawak aku keluar jalan2 and pergi bazaar...kesian mak...mangsa keadaan..dia baru ja balik kerja..haha..aku anak tak guna..mak aku pulak kesian tengok aku...tak sanggup nak tolak...

Yea2..petang tu, mak aku bawak pergi sg yan...fuhh..dah lama kot tak balik kampung and tengok sg yan..haha...bila difikirkan balik, macam lawak je..tapi..dah ini kenyataan...I’m really2 miss my hometown...serious...aku pun apa lagi, ajak la mak aku pegi bazaar kat sungai yan...wah...perubahan dah bertambah..sungai yan yang dahulunya sepi dan bosan tu boleh dikatakan macam town..haha..walaupun hakikat sebenarnya ialah kampung...kampung bukan sebarang kampung...ini lah yang buatkan aku semakin sayang kat kampung aku ni..ok, baiklah..macam2 jugak aku beli..ni lah dikatakan hawa nafsu di bulan puasa..tambahan pulak, makanan kat kedah ni murah2..jauh beza jugak la dengan makanan kat Unisel tu..hehe..yela lain tempat lain harga kan...kot....syukur Alhamdulillah...rezeki untuk berbuka petang tu hanya ala kadar sahaja...yang penting aku dapat makanan yang tiba2 aku rasa nak makan sangat2...bihun sup ayam..Alhamdulillah...

Dan......sebelum pulang ketika aku dalam perjalanan menuju ke kereta ibu....baru aku sedar...oh, kereta mak rupanya di parking di depan masjid..dan tidak jauh dari situ, aku ternampak...

TAMAN ABADI...

...tiba2 aku jadi rindu...rindu seseorang....yang jasadnya mungkin di situ, mungkin juga tidak....jelas kelihatan masih merah tanah kuburan itu...bersama nisan putih yang masih terjaga...walaupun sudah 2 tahun dia pergi mengadap Illahi....

Hadirlah perasaan sendu menggamit diselangi dengan memori yang datang menghantui fikiran serta bayangan...Ya Allah...aku rindu dia...teramat...biarpun kini, aku sedar akan hakikat bahawa dia milik MU..

Wan...ngah rindu wan sangat2...masih terngiang2 jelas di cuping telinga ngah kata2 azimat dan segala nasihat wan terhadap ngah...wan pernah cakap “ngah, biaq apa pun jadi, kita kena tetap berusaha untuk jaga hati orang lain sebaiknya biar hati kita yang sakit tapi dalam keadaan dan cara yang betul...jangan pernah sekali pun kita cuba untuk sakitkan hati orang ...” dalam erti kata lain, buat bagi orang suka kita.....jelas, ngah tahu wan nak ngah banyak bersabar.....

Lagi satu yang selalu wan pesan “ jangan tinggalkan solat sebab solatlah yang dapat cegah kita dari kemungkaran”

Banyak lagi pesanan wan yang ngah ingat...dan yang paling buat ngah terkilan dengan diri ngah sendiri ialah bila wan pernah cakap... “ ngah, bila nak ambik doa dari wan ni..? sementara wan dok ada ni, salin la doa2 ni, dan amalkan...”.....lepas tu, ngah jawab... “ alah, wan ni, nanti la..masa panjang lagi...nanti ja la ngah salin....”

Ngah langsung tak sangka... masa panjang yang ngah cakap tu, rupanya masa yang singkat buat wan....beberapa bulan selepas tu, wan pergi.....pergi..tinggalkan ngah...

Tanggal 11 Julai 2008.....jam 6.45 petang......

Jiran sebelah rumah aku menjerit pada abah bila dia mendapat panggilan dari hospital “ Dee, zamri kata Wa dah tenat” aku ingat waktu tu, aku ada dengan abah aku......tergopoh gapah abah aku suruh aku dan adik2 bersiap...aku pelik, kenapa abah aku suruh aku dan adik2 aku ikut aku jenguk wan kat hospital petang tu, sedangkan kami baru sahaja pergi pagi tu....aku dah mula fikir yang bukan2...

Waktu di hospital...Aku lihat wan dah tenat sangat....aku pasrah apabila doktor beritahu....wan dah tak ada.....hancur luluh perasaan aku waktu tu....hanya Allah yang tahu...namun hakikat yang perlu aku tempuh dan terima...Wan milik ALLAH....dan aku tak berhak menghalang....aku bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk mengenali wan..dan aku bersyukur kerana aku adalah darah daging wan...selama aku bernafas, hanya seorang itu sahaja wan yang aku ada....sejak dari kecil, wan selalu manjakan aku dan adik beradikku yang lain...hantar aku pergi sekolah...selalu ubatkan aku bila sakit...dan yang paling penting wan lah yang ajar aku lebih mengenali Allah...wan selalu jadi imam ketika solat berjemaah....wan selalu jadi tempat aku mengadu...tempat aku bermanja..wan lah pengubat duka aku, abang dan adik2 waktu kami bersedih..macam2 lawak yang dia buat...tiap kali wan ke kedai, macam2 barang wan beli buat kami....Ya Allah...aku rindu saat itu....aku rindu dia.....

Ramadhan tahun ni merupakan Ramadhan yang ke tiga aku berpuasa tanpa dia....sendu...rindu...begitu juga dengan raya tahun ini..? aku, mak, abang, abah dan adik2 yang tahu betapa pedihnya kehilangan wan...kerana kami rapat...susah mahu gambarkan kasih sayang kami hanya dengan kata-kata...

Insya Allah wan, segala pesanan wan ngah ingat dan ngah amalkan...ngah yakin kita akan jumpa lagi satu hari nanti apabila ngah juga akan dijemput Illahi...InsyaAllah..hidup di sana itu adalah lebih indah dari hidup di dunia...kerana itu adalah tempat yang kekal....

Wan yang dimaksudkan aku ini ialah arwah datuk aku yang tercinta...Haji Abas bin Md Isa.....semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan beriman...

Al – Fatihah...