BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 31, 2010

MaSiH Di SiNi......

Salam…..

Ya, aku masih di sini…masih bernafas di atas dunia Tuhan yang penuh dengan dugaan dan cabaran…aku tahu hampir 2 bulan tiada langsung entri yang bisa memenuhi ruang kamar blog aku ini… namun, aku tahu tiada yang kisah…ops…tapi, ternyata itu hanyalah fikir ku…aku bersyukur kerana masih ada yang ambil tahu tentang aku…cuba lihat follower aku…seorang...cik mahira majme kamarudin….satu2nya follower aku buat masa sekarang…terima kasih sayang kerana engkau lah satu2nya insan yang bertanya “syira, bile nak update blog?” ( actually soalan ni ditanya dan sepatutnya dijawab dari semester lepas lagi)..huh…sayang juga dia pada aku..haha…terperasan…kembali pada persoalan yang harus aku ungkaikan sekarang….kemana aku menghilang..? biar aku ungkaikan satu persatu…..

Jika ada sesiapa yang pernah terbaca entri2 aku sebelum ini….sudah pasti sudah dapat meneka apa yang bermain di fikiran aku serta pelbagai perkara yang aku lalui seiring dengan di sekeliling aku. Aku pula bukan jenis yang suka mengkaji benda, alam dan yang swaktu dengannya…tapi, bagi aku, gemar dan suka mengkaji tentang manusia yakni insan2 yang berada di sekeliling aku seperti keluarga aku, sahabat, jiran, dan insan2 lain yakni makhluk Allah yang bernama MANUSIA…. Aku suka melihat, mengenali, mengkaji dan akhirnya cuba untuk mengkonklusikan MANUSIA2 tersebut serta belajar mengambil sesuatu yang positif dan cuba analisa yang negatif…that’s my wayand I love and enjoy it.…aku suka mengambil risiko..InsyaAllah..selagi aku kuat untuk menempuh dan menanggung semua itu..aku redah sekuat hati dengan penuh keazaman…aku bukan jenis manusia yang tahu bercakap dan bertindak tidak seiring dengan apa yang aku ungkapkan..aku bukan manusia yang tidak berpegang dengan kata2 aku…aku bukan manusia yang tidak tetap pendirian…aku bukan manusia yang tidak setia..aku bukan manusia yang sanggup untuk menjilat ludah aku semula…….ahhhh…tidak….itu semua dulu…..dulu…dulu…aku sekarang lain…aku bukan manusia yang dulu lagi…..ops…aku sudah meleweng ke tempat lain….baiklah..semula….inilah yang terjadi apabila pelbagai perkara yang dicampur dengan emosi yang tdak terkawal…berhambur2 ingin keluar ibarat murid2 sekolah rendah tahun 1 ingin keluar rehat apabila loceng berbunyi…(aku juga begitu dulu)….dah x pandai nak beratur supaya lebih tersusun..ahh..aku mengarut lagi…itulah apabila banyak rasa yang perlu aku luahkan di samping masa yang ada ini…akan aku cuba juga keletak keletukkan keyboard lappy aku ini untuk mengisi ruangan blog aku yang makin berkarat dan bersawang ni..aku nak ‘blogwash’ betul2…aku nak hamburkan semua sekali apa yang aku rasa selama ini….segala kebenaran akan aku tegakkan…aku sanggup jatuhkan aib dan maruah MANUSIA sekali pun…terutamanya mereka yang sudah mengkhianati aku……ya….inilah aku sekarang…aku yang memiliki pemberontakan hati….aku seorang PENDENDAM…..

“Syira………!!!!!!! STOP…!!!! ….tidak…itu bukan kamu, kamu bukan pendendam”…jerit satu suara..suara hatiku…bisikan hati yang mengganggu ruangan kotak fikiranku yang berkecamuk...baiklah..satu persatu syira… berbalik pada mengkaji sikap manusia……(Istighfar sekejap)…tarik nafas dalam2 dan hembuskan…….(Istighfar)….jangan biarkan emosi mengawal engkau….okay…syira dah sedia untuk terus keletak keletukkan keyboard semula…

(tengah ambil mood)....ok..start...

Aku masih setia di sini...menuntut ilmu di UNISEL ini...Alhamdulillah..sudah semester 4...pejam celik2 baru aku sedar sudah setahun aku bertapak di sini..pelbagai liku kehidupan yang aku tempuh..baiklah, aku ingin mengorek sedikit sahaja kisah lama sewaktu sem 3 lepas.. kisah2 dan peristiwa2 yang telah memberi anjakan paradigma yang dahsyat kepada aku kini..

Tanggal 30 April 2010...

Memang perit apa yang aku lalui..kalau boleh aku x nak kupas lebih2 dan x nak kenangkan kembali..cuma aku ingin luahkan apa yang aku rasa...saat dan detik ketika itu sudah cukup menceritakan semua..cuma, aku nak khabarkan.., yang aku sangat kecewa dan terkilan dgn tindakan dia...ukhwah yang sudah lama terbina persis sekuntum bunga yang mekar, aku ibaratkan sudah layu akibat dipetik oleh tangan ‘gatal’ manusia yang dengki dan dicampak serta dipijak2 hingga lunyai...aku tak sangka dia sanggup bertindak begitu...sudah tiga purnama berlalu, yang berlalu biarkan lah..aku bahagia melihat dia yang menjadi diri sendiri...jgn pernah ikut langkah aku...apa2 pun, aku mahu katakan..

TERIMA KASIH ATAS PENGKHIANATANMU...WAHAI SAHABAT...MOGA ENGKAU BAHAGIA DENGAN APA YANG KAU PUNYA SEKARANG...

31 Julai 2010...

Sekarang...hari ini, jam ini, saat ini.......aku sedang keletak keletukkan keyboard my little lappy CQ35...terasa ingin curahkan pelbagai rasa di dalam diri...sebenarnya sudah lama, tapi tiada MASA..jadi, aku biarkan RASA yang kawal diri aku...

Aku bukan manusia seperti dahulu lagi...maaf....aku bukan lagi kaki penyibok, kaki yang ingin mendamaikan hidup orang lain, kaki tak pandai duduk diam, kaki yang berani ambil risiko dan kaki2 lain yang ada...ops..aku bukan begitu sebab mereka dan dia...mahu aku begini kan..???

Aku sekarang adalah aku......namun, perubahan ini untuk mereka dan kamu.....ingat, ini bukan aku..kerana AKU TETAP AKU.....

Actually, banyak yang aku nak sampaikan, tapi..............................................................

Dah malas nak berceloteh panjang..aku tahu ramai tak suka kan...ok lah..aku berhenti sekejap... thanks sudi baca....selamat malam..,

Ø Terima kasih pada insan2 yang masih dan sentiasa menyokong aku serta berada di sisi aku susah dan senang...

Ø MM, FA, AA....tanx a lot...;-)